Skip to content

Mengenai Kami

Pengalaman Taman Tema Air Sepenuhnya untuk Semua

Melaka Wonderland Theme Park & Resort, dengan lokasi yang strategik di Ayer Keroh, Melaka, merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia dan juga antara 10 taman tema terbaik di seluruh negara. Dengan keluasan 16 ekar, kami berbangga dalam menawarkan "Pengalaman Taman Tema Air Sepenuhnya untuk Semua." Komitmen ini terserlah menerusi pelbagai tarikan yang kami sediakan, daripada gelongsor air yang mendebarkan hingga kehijauan alam semula jadi yang menyegarkan serta aktiviti tasik yang menyeronokkan, pastinya akan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat setiap pengunjung.

Melaka Wonderland Theme Park telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records dalam 3 kategori "First Theme Park With Halal Certificate", "First Lighting Event in Water Theme Park" dan "Largest Lighting Event in Water Theme Park" kerana berjaya menganjurkan Acara Pencahayaan Bersempena Tahun 2024.

Taman tema air unik ini turut menampilkan 11 tarikan, iaitu Tornado Chaser (yang pertama di Malaysia), Lazy & Crazy River, 1 Big Wave Pool, Adventure Island dan dikelilingi oleh 360 hektar hutan rekreasi semula jadi. Tarikan eksklusif Melaka Wonderland menjanjikan keseronokan tanpa had, membawa setiap pengunjung ke pengalaman yang mendebarkan sambil menikmati keindahan hutan semula jadi.

Melaka Wonderland Theme Park juga menawarkan pelbagai pakej seperti pakej sekolah, pakej korporat, pakej keluarga, pakej kerajaan, serta aktiviti tasik seperti Pedal Boat, Tube Ride, Fish Feeding, Team Building, Tele-match dan Treasure Hunt. Dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua badan korporat dan keluarga, Melaka Wonderland pastinya destinasi pilihan untuk semua.

Reduce,
Reuse &
Recycle

3 recycle bins

Komitmen Kami terhadap Kelestarian dan Mesra Alam

Di Melaka Wonderland, kami komited terhadap prinsip 3R — Reduce, Reuse, Recycle — dalam usaha menjadikan persekitaran kami lebih ceria, bersih, dan cantik.

Pertama sekali, kami memperkenalkan program kitar semula, di mana tong-tong sampah kitar semula disediakan di sekitar taman tema. Ini membantu para pengunjung untuk membuang sisa dengan betul menyikut warna tong sampah:

  1. Tong berwarna Coklat – untuk sisa kaca.
  2. Tong berwarna Biru – untuk sisa kertas.
  3. Tong berwarna Jingga – untuk sisa tin aluminium, logam dan plastik.

Selain itu, kami turut mengambil inisiatif untuk menggunakan beg plastik boleh urai (biodegradasi) di seluruh taman bagi membantu mengurangkan impak pencemaran dan bencana alam.

Sertai kami dalam komitmen kami kepada tanggungjawab alam sekitar dan menjadi sebahagian daripada mewujudkan masa depan yang lebih hijau di Melaka Wonderland!

Taman Tema & Resort Melaka Wonderland

Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.

Untuk Pertanyaan Am & Korporat
Tube Ride
pedal boat

Making an Enquiry